Spay-neuter subsidy for 5 cats in Port Dickson (Muhd Najib Fadlullah bin Ilias’)

We have subsidised RM200 for the spaying of 2 female cats and fully sponsored RM220 for the castration of 3 male cats. Total: RM420.

From: muhd fadlullah
Date: 2015-06-29 16:00 GMT+08:00
Subject: NEUTERING SUBSIDY (5CATS)
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Hai Dr.Chan,pada 27Jun2015 iaitu hari Sabtu,saya telah membawa 4ekor kucing untuk dimandulkan.Manakala pada keesokan harinya iaitu hari Ahad 28Jun2015(semalam),saya telah membawa seekor lagi kucing untuk dimandulkan.

Adakah Dr.Chan masih ingat kepada Bad iaitu stray cat yang amat garang & tidak pengsan-pengsan untuk dimandulkan pada beberapa minggu lepas? Beberapa hari sebelum ini,Bad telah mula memanggil2 dengan suara yang besar & kuat menandakan dia telah betul2 on-heat.Jadi,saya telah membawa dia untuk dimandulkan.Vet mengesahkan bahawa dia tidak pregnant & telah Berjaya membedah dia secara normal untuk dimandulkan.Kos pembedahannya juga adalah seperti biasa.Bad adalah ibu kepada seekor stray kitten yang saya namakan Pepeng.Pepeng telah diserahkan kepada saya oleh seorang pakcik kerana beliau merasakan kitten tersebut tidak selamat berada di belakang rumahnya.Saya telah pergi mengambil Bad kerana pakcik tersebut tidak membawa ibu Pepeng sekali.Lebih kurang dua minggu dari sekarang,saya akan melepaskan semula Bad ke belakang rumah pakcik tersebut.Saya telah menyuruh vet supaya membuat ear-tipping kepada Bad.Ini bermakna saya hanya membuat TNRM kepada Bad.Sebelum melepaskannya semula nanti,saya akan membawa Bad untuk divaksin terlebih dahulu.

Ujeng pula telah saya rescue dari seorang fosterer semasa dia masih babycat,mungkin berumur 2-3hari.Saya telah menyusukan Ujeng menggunakan botol susu khas untuk babycat.Ujeng adalah betina.Saya telah pergi menyelamatkan Ujeng di Putrajaya.Saya akan terus menjaga Ujeng sendiri kerana bonding antara kami adalah sangat kuat,mungkin Ujeng menganggap saya adalah bapanya atau ibunya.

Toti telah saya selamatkan di Seri Kembangan semasa dia masih kitten,mungkin berumur 2bulan.Toti adalah jantan & kurang manja.Saya akan terus menjaga Toti atau jika ada sesiapa yang mahu adopt dia,saya akan berikan supaya saya boleh menyelamatkan lagi kucing2 yg memerlukan bantuan.

Lipash pula telah saya rescue sendiri semasa saya ke klinik di Taman Sri Serdang.Saya telah mendengar bunyi babycats menangis,setelah dicari2,saya telah terjumpa 3ekor babycats di dalam rumah sampah di lorong belakang kedai berhampiran klinik tersebut.3ekor babycats tersebut telah dilahirkan di dalam sarang lipas yg sangat kotor & busuk.2ekor babycats yg saya arrow kan dalam gamba itu telah mati semasa lebih kurang 3minggu dalam jagaan saya,maka tinggallah Lipash seekor sahaja.Saya telah menyusukan Lipash menggunakan botol susu khas sehingga dia pandai makan wetfood sendiri.Saya akan menjaga Lipash sendiri kerana bonding nya juga amat kuat dengan saya,Lipash selalu minta supaya saya mendukungnya & apabila saya mendukungnya,air liur dia akan meleleh dengan banyak.Mungkin dia juga menganggap saya sebagai ayahnya atau ibunya,sama seperti Ujeng.

Langsat adalah seekor stray cat yang saya ambil daripada kedai makan yang tutup(kerana bulan puasa) untuk dimandulkan.Saya telah membawa Langsat pada 28Jun2015 iaitu hari Ahad.Akan tetapi,saya tidak sempat  mengambilnya dari vet pada hari yang sama kerana saya telah mengikut abang saya menghadiri majlis berbuka puasa di kuala lumpur.Tarikh pada resit yang dikeluarkan adalah 29Jun2015 iaitu tarikh saya mengambilnya dari vet.Langsat adalah jantan.Lebih kurang 2minggu dari sekarang,saya akan membawanya untuk divaksinkan & akan melepaskannya semula ke kedai makan tersebut.Saya telah menyuruh vet untuk membuat ear-tipping akan tetapi vet telah terlupa,nasib baik Langsat adalah jantan. 

Saya telah pos boring neutering subsidy & resit original pada  hari ini 29Jun2015,terima kasih Dr.Chan  J

mini-unnamed (1) mini-unnamed (2) mini-unnamed (3) mini-unnamed (4) mini-unnamed

Comments are closed.