Neutering aid for 3 cats in Sentul (Suhanizah bt Zohani’s), for adoption

We have sponsored RM180 for the neutering of these 3 cats. All three are up for adoption (please scroll and read below).  If interested, kindly contact Ms Suhanizah at 017-246 0706.

Selamat Sejahtera Dr Chan,
Tiga ekor kucing dalam gambar adalah Mumy, Citam dan Koko. Kesemuanya adalah betina.
Citam adalah stray di salah satu blok(tempat saya feed strays). Sepatutnya dahulu dia dah dimandulkan, tetapi saya terlambat kerana dia sudah bunting. Jadi sebelum bunting kali kedua, sy telah bawa dia mandul. Telinga sudah dipotong sedikit dan akan dilepaskan semula di kawasan blok tersebut.
Koko juga adalah stray dari tempat yang sama saya beri makan setiap hari. Dia telah melahirkan anak 3 bulan yang lepas. Anak-anaknya telah diserahkan kepada penjaga baru semasa berusia 2 bulan dan Koko telah pun dimandulkan, dipotongkan sedikit telinganya dan akan dilepaskan sama tempat dengan Citam.
Mumy adalah stray di kawasan perumahan saya sejak dia berusia lebih kurang 4 bulan. Dua bulan lepas, saya jumpa dia sedang gigit anaknya yang saya jangka baru sangat dilahirkan ketika itu dan itu adalah kelahiran pertama Mumy. Saya sediakan kotak, tetapi dia tetap alihkan anaknya, sedangkan dia sendiri seperti tiada arah tuju di mana untuk alihkan. Saya tak sampai hati tambahan itu pengalaman pertama dia beranak, jadi saya ambil dia dan dua ekor anaknya naik ke rumah.
Mumy telah dimandulkan dan akan dilepaskan semula sebagai kucing komuniti.
Anaknya pula sudah boleh makan sendiri dan saya akan mencari penjaga baru untuk anak-anaknya. Seekor warna cream dan seekor lagi ginger. Kedua-dua anaknya jantan.
Saya juga amat berharap jika ada yang sudi adopt boleh minta gambar di whatsapp 017-246 0706
Terima kasih Dr Chan. Harap permohonan subsidi untuk anak-anak jalanan ini diterima.
Suhanizah
04/10/17

 

Comments are closed.