Neutering aid for 3 cats in Tampin (Halid bin Mahfidz’)

We have sponsored RM180 for the neutering of these 3 cats.

Kepada Dr. Chan,
Apa kabar Dr. Chan, semoga Dr. Chan dan team berada dalam keadaan sihat.
Saya Halid bin Mahfidz seperti biasa memohon subsidi dengan pihak animalcare kerana telah memandulkan kucing jalanan (stray) sebanyak 2 ekor kucing betina dan 1 ekor kucing jantan.  Kucing-kucing tersebut saya beri nama Embam, Panjang dan Darling. Semua kucing-kucing berkenaan sering datang makan di rumah saya, kemungkinan dibuang di sekitar rumah saya.  Disebabkan tak nak membiak saya ingin memandulkan kucing berkenaan.
Pada kali ini saya telah menghantar di klinik kerana baru-baru ini klinik ini telah membuat promotion memberi diskaun kepada kucing jantan dan betina.  Tempoh diskaun yang di beri adalah terhad, oleh itu saya telah mengambil peluang ini dengan  menghantar 3 ekor kucing berkenaan.
Bersama ini saya sertakan gambar kucing berkenaan.
Sekian, terima kasih semoga mendapat pertimbangan Dr. Chan
Halid bin Mahfidz

Comments are closed.