Neutering aid for 2 cats in Sentul (Nor Azaniza bt Misman’s)

We have sponsored RM120 for the neutering of these 2 cats.

    Pada awalnya iaitu pada tahun 2016, ibunya datang di kawasan belakang rumah saya. Setiap hari,  saya berikan makanan. Tidak lama kemudian ibunya bunting dan melahirkan tiga (3) ekor anak. Ketiga-tiganya adalah jantan iaitu Cibbun, Pandda dan Ooyen. Saya letakkan di dalam kotak di kawasan belakang rumah saya. Selepas berpisah susu, saya telah memandulkan ibunya dan saya melepaskan di kawasan rumah saya. Setelah cukup bulan, anak-anaknya pula saya mandulkan  dan saya melepaskan di kawasan rumah saya sepertimana ibunya. Dan kini selepas beberapa hari dimandulkan  keadaan ketiga-tiga ekor kucing tersebut  berada dalam keadaan sihat dan cergas. Saya berharap dengan cara ini saya dapat membela nasib kucing-kucing terbiar ini dari terus membiak dan teraniaya.
    Saya banyak melihat di media sosial akan nasib-nasib kucing terbiar dengan kurus kering, sakit, kotor dan ada yang dianiaya oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sedihnya hati ini hanya manusia yang mempunyai kasih sayang dengan binatang sahaja yang faham akan perasaan tersebut. Saya hanya dapat membantu sedaya apa yang saya mampu untuk menyelamatkan kucing-kucing yang terbiar.
         Diharapkan permohonan tuntutan untuk 2 kucing ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak doktor. Keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh pihak doktor amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Nor Azaniza Bt Misman

 

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>