Neutering aid for 1 cat in Seremban (Nooriah bt Hamzah’s)

We have sponsored RM60 for the neutering of this cat.

Please do read the write-up below about Oyen. Not only is Oyen neutered, but his leg had to be amputated due to an injury and he also has sporotrichosis symptoms. Puan Nooriah has pledged to look after Oyen untill he recovers. Bless her for her kindness.

Salam sejahtera Dr Chan,
Oyen adalah kucing jalanan yang takut dengan manusia. Dia selalu menumpang makan di porch kami tetapi tidak pernah dapat kami pegang/belai. Minggu lepas saya nampak dia cedera dan jalan menggunakan 3 kaki sahaja, hari Isnin (6 Ogos 2018) lepas kami lihat kaki nya telah rosak teruk seperti di gambar tetapi masih melarikan diri dari porch apabila nampak kelibat kami. Pada hari Selasa lepas (7 Ogos 2018) dia kelihatan lemah dan tidak bergerak daripada porch kami dan anak saya telah berjaya menangkap Oyen dan bawa ke vet. Kaki Oyen yang rosak telah dipotong dan Oyen juga dimandulkan sewaktu operation kaki. Buat masa ini Oyen kami jaga dan setelah sembuh kelak kami akan cuba mencari penjaga baru sekiranya ada. Sekiranya tiada, kami sendiri akan jaga beliau.
Oyen semakin okay dan boleh makan/kencing dan poo. Untuk makluman, vet juga memaklumkan Oyen ada simptom sporo, saya juga akan merawat sporo dia sehingga sembuh sebelum dapatkan penjaga baru.
Dengan itu, dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon subsidi pemandulan daripada MyAnimalCare. Terima kasih.
Yang Benar,
Nooriah Hamzah

3 comments to Neutering aid for 1 cat in Seremban (Nooriah bt Hamzah’s)

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>