Neutering aid for 1 cat in Johor Bahru (Maya Saphira bt Amir Hamzah’s)

We have provided an aid of RM60 for the neutering of this cat.

Selamat petang Dr Chan,

Saya ingin memohon subsidi kos pemandulan untuk seekor kucing stray betina yang datang ke kawasan rumah saya pada bulan September 2018. Ketika itu, dia sedang mengandung dan akhirnya telah beranak 4 ekor.
Saya bagi makan dan disebabkan kawasan rumah saya  agak berbahaya untuk kucing, banyak kenderaan lalu lalang. akhirnya saya bawa masuk ibu dan anak-anak ke dalam rumah.
Kini, anak-anak sudah putus susu dan saya mandulkan ibunya semalam, 25 Januari 2019.
Saya akan cuba cari adopter. Sekiranya tak dapat, saya akan jaga ibu dan anak-anak ini.
Saya merancang untuk mandulkan anak-anaknya pula selepas ini.
Bersama-sama ini saya sertakan gambar kolaj ibu kucing ini. Esok saya akan poskan resit dan borang pemandulan untuk tindakan lanjut Dr Chan.
Semoga Dr Chan dapat membantu subsidi kos pemandulan ibu kucing ini.
Terima kasih.
Yang benar,
Maya Saphira Binti Amir Hamzah

Comments are closed.