Neutering aid for 2 cats in Kuantan (Khiruzan bt Mohamed Ali’s)

We have provided a full sponsorship of RM120 for the neutering of these 2 cats (males).

Ms Khiruzan is a new applicant.

KES 1 : MARY

Saya menjumpai Mary pada Oktober 2018  disebuah bangunan kosong di Perkampuangan Indera Sempurna Kuantan. Ia seekor kucing  jantan DMH yang berkurap dan kotor. Kemungkinan dibuang oleh tuan asal keran kuarap dan menjijikkan. Saya  telah foster dia dan bawa untuk rawatan. Dalam satu bulan kurap pada badannya pulih dan bulu-bulu mula tumbuh. Saya telah menawarkan untuk  diadopsi selepas dia sembuh sepenuhnya dari kurap dan selsema. Ada seorang insan yang baik hati telah mengambil Marry Dol sebagai  anak angkat dan saya berjanji untuk menanggung kos pemandulan Mary. Kini Mary membesar sebagai jantan DLH yang cantek dan gebu.

KES 2: PANDA

Panda sekor kucing jantan yang sering mundar mandir di lorong tempat tinggal saya. Oleh kerana  sikap saya yang menyediakan makanan dan minuman di luar rumah untuk kucing jalanan , dia sering singgah dan bergaduh sesame jantan lorong di kawasan rumah saya. Jiran jiran agak tidak selesa dengan kucing kucing jantan yang sering memancut dan mengotorkan rumah mereka. Dengan itu saya telah mengambil dia dan membwanya untuk pemandulan. Dia akan dilepaskan semula di tenpat saya dan saya akan memantau makan minum  serta tahap kesihatan nya.

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

  

  

  

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.