Neutering aid for 2 cats in Sungai Buloh (Norliza bt Md Akhir’s)

We have provided an aid of RM200 for the neutering of these 2 cats.

Ms Norliza is a new applicant.

Hi doctor,

2 ekor kucing ini dijumpai di tempat yang berasingan, tetapi kawasan taman yang sama iaitu di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Kucing yang Pertama saya beri nama LUNA.
LUNA seekor kucing betina, dalam lingkungan umur 2 tahun.
LUNA di jumpai merayau-rayau di kawasan taman berhari-hari, sebelum ini LUNA dijaga oleh seseorang, akan tetapi penjaga LUNA sudah berpindah keluar negeri,sehingga LUNA terbiar diluar.
Pada mulanya saya hanya bagi makan sahaja, akan tetapi saya memikirkan tentang keselamatan LUNA kerana LUNA kelihatan sakit pada masa itu,dan saya ambil bawa pulang serta menjaga dia.
LUNA telah di bawa ke vet untuk memberi rawatan kesihatan dan terus dimandulkan.
Saya tidak bercadang untuk melepaskan LUNA di tempat yang saya menjumpainya, akan tetapi saya akan menjaga dirumah supaya LUNA mendapat kebahagiaan bersama saya dan keluarga.

Kucing yang Kedua, saya beri nama MIMI.
MIMI seekor kucing betina, dalam lingkungan umur 2 tahun lebih.
MIMI dijumpai berkeliaran di jalanan serta tinggal didalam longkang. Keadaan MIMI masa itu sangat teruk, badan dipenuhi kurap, baunya busuk. Saya mengambil MIMI bawa ke vet dan beri rawatan kesihatan, suntikan kurap, vacsin dan kini beliau telah dimandulkan.
Saya tidak bercadang untuk memberi MIMI pada orang lain. Saya dan keluarga akan menjaga MIMI hingga akhir hayatnya.

Dengan segala hormatnya, saya memerlukan sumbangan pemandulan dari pihak doctor kerana mereka ini adalah kucing jalanan yang terbiar.
Saya berharap pihak doctor dapat mempertimbangkan nya.

Resit dan borang permohonan pemandulan, saya sudah post semalam yang bertarikh 29/10/2019.
Yang benar,
NORLIZA BT MD AKHIR

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

  

  

  

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.