Neutering aid for 1 cat in Sungai Buloh (Norliza bt Md Akhir’s) & Updates

We have provided a full sponsorship of RM98 for the neutering of this cat.

Pn Norliza has updates below.

Hi doctor, 

Seekor kucing saya ambil dari Tuan lama yang sedang sakit, kucing ini saya beri nama QIQI.

Tuan QIQI tinggal disekitar kawasan taman di Sg Buloh. 

QIQI seekor kucing betina, dalam lingkungan umur 2 tahun.

Memandangkan Tuan yang menjaga QIQI telah sakit, saya mengambil dia dan menjaga hingga kini. Hampir dua bulan dalam penjagaan saya.

QIQI telah di bawa ke vet untuk memberi rawatan kesihatan dan terus dimandulkan.

Lepas mandul, QIQI bersama family saya dan kami akan menjaga QIQI.

Previous claims:

Ini perkembangan terbaru dari MIMI dan LUNA. 

Selepas pemandulan, mereka di jaga oleh saya dirumah seperti kawan-kawan yang lain. Mereka berdua telah sihat sekarang dan minggu hadapan mereka berdua akan saya bawa ke klinik untuk checkup appointment.

MIMI budak yang agak pendiam, akan tetapi kuat makan. Berat dia sekarang 4.2kg berbeza sebelum nya. MIMI tidak suka dipegang, beliau lebih suka sendirian dan seperti pemalu dan sombong. MIMI suka bermain bersendirian, tetapi tidak suka dipegang oleh saya atau sesiapa dirumah kami. 

LUNA pula, budak yang agak lasak. Dia suka buli kawan-kawan yang lain, tetapi sangat-sangat manja dan kuat makan juga. LUNA lebih suka makan dryfood, berbanding wetfood. Berat LUNA sekarang hampir 6kg.

Mereka berdua sekarang sangat gembira bersama kawan-kawan yang lain dan mereka bebas di dalam bilik yang saya buat khas untuk mereka dengan persekitaran yang bersih.

Saya menjaga mereka seperti anak sendiri. Saya sangat sayangkan mereka. 

#lampiran gambar terbaru kehidupan MIMI dan LUNA.

Yang benar, 

NORLIZA BT MD AKHIR

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

  

  

  

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.