Neutering aid for 1 dog in Johor Bahru (Lee Jook Keng’s)

We have provided an aid of RM150 for the neutering of this dog.

Mdm Lee Jook Keng is a new applicant.

Saya menjumpai seekor anjing betina  di kawasan perumahan saya di Johor  Bahru.Anjing itu baru beranak tetapi semua anaknya mati.Saya membawanya  ke klinik  untuk spaying.Selepas sembuh saya bercadang untuk menjaga dan memberi makan setiap hari.Saya berharap Dr Chan dapat memberi sedikit subsidi kepada saya bagi menampung kos spaying anjing ini.Sekian terima kasih.

Sebenarnya  saya telah memberi makanan kepada stray cats  and dogs sejak 15 tahun lepas sampai sekarang,bahru mengetahui boleh mendapat subsidi dari Doctor Chan daripada vet  doctor apabila buat spaying pada anjing ini.Saya  ingin memohon subsidi  makanan untuk kucing kucing  dan anjing anjing liar di sekeliling rumah saya ,saya akan mengambil gambar dan email kepada doctor,harap doctor boleh mempertimbangkan permohonan saya.terimakasih
Dalam rumah saya ada 4 ekor kucing dan 2 ekor anjing,semuanya sudah dimandulkan.Di belakang saya ada 5 ekor kucing  yang semuaya telah dimandul oleh saya dan 1  anjing yang  telah ditinggalkan oleh jiran  apabila  mereja pindah rumah.T erdapat  juga lebih kurang 9 ekor kucing yang belum dimandulkan  di belakang sekeliling rumah saya yang perlu saya memberi makananan 2 kali sekali setiap hari sejak 2 bulan lepas.Saya ingin memohon pertolongan dari doctor kerana saya telah berhenti kerja sebagai guru taska pada tahun lepas disebabkan tekanan jiwa dari kerja.Saya berjimat jimat dari wang belanja yang diberikan oleh husband untuk memberi dan membuat mandul untuk anjing dan kucing liar.Saya harap Doctor dapat memberi bantuan kerana memang tidak sampai hati melihat binatang binatang seksa disebab kelaparan dan  cedera akibat pergaduhan antara kucing dan anjing jantan mencari jodohan.terima kasih

Comments are closed.