Neutering aid for 2 cats in Damansara (Halina bt Mohd Yaacob’s) & Updates

We have provided an aid of RM200 for the neutering of these 2 cats.

Updates on the previous claim is below.

Sekitar bulan June 2020 yang lepas, saya menjumpai 2ekor anak kucing di kawasan parking pejabat saya di Mutiara Damansara.Umur mereka mungkin sekitar 3bulan sewaktu itu. Kedua-dua kucing ini berlari-lari di kawasan parking, dan saya tidak menemukan ibu mereka. Mereka kelihatan seperti di buang oleh seseorang dan dalam keadaan tidak sihat. Kerana risaukan keselamatan mereka, takut dilanggar dan bagi tujuan merawat mereka, saya membawanya pulang ke rumah dan mengubati mereka.Saya ada bertanya juga pada sesiapa yang ingin adopt 2ekor kucing ini tapi tidak berhasil. Oleh itu saya berniat untuk menjaga mereka selagi ada hayat tetapi kerana kewangan saya yang tidak mengizinkan, saya terpaksa memohon bantuan neuter ini dari pihak AnimalCare supaya kehidupan mereka lebih terjamin dan tidak membiak.

Previous claim:

Gambar terkini kucing yang saya mohon bantuan neuter beberapa bulan yang lepas juga saya sertakan bagi rekod pihak tuan. Kucing itu kini semakin dewasa, gemuk dan sihat selepas dimandulkan. 

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

  

  

  

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.