Neutering aid for 2 cats in Shah Alam & Klang (Dazila bt Mat Jali’s)

We have provided an aid of RM200 for the neutering of these 2 female cats.

Ms Dazila is a new applicant. 

Saya Dazila Binti Mat Jali dari Shah Alam ingin memohon subsidi pemandulan untuk beberapa kucing yang telah saya selamatkan dan dibela di rumah saya.

Permohonan pertama ini adalah untuk kucing yang saya namakan Gergirl. Dia diselamatkan di lokasi Stesen minyak Petron Batu Tiga Shah Alam beberapa bulan dulu bersama dengan adik beradik nye beserta ibu mereka. pada waktu itu Gergirl masih kecil anggaran usia seminggu lebih baru buka mata. Diselamatkan kerana kuatir mereka berada di lokasi yang banyak monyet belakang stesen minyak berkenaan. Di sini juga saya sertakan collage pemandulan,resit, borang dan keadaan sewaktu diselamatkan dulu.
Terima kasih.

Saya juga ingin membuat permohonan kedua subsidi untuk kucing yang telah saya selamatkan dsn jaga di rumah. Kucing ini nama Abby jantina betina telah saya selamatkan dari Pasar Borong Jalan Meru Klang beberapa tahun lepas dan dijaga oleh saya sehingga kini di rumah. Waktu itu Abby masih kecil anggaran usia 3 bulan, tanpa ibu. Tujuan saya ingin mohon subsidi untuk kucing2 yang saya selamatkan kerana bimbang saya tidak mampu jika membiak lagi..jumlah yang sy ada di rumah sekarang adalah 27 ekor. 6 dah dimandulkan. Saya sertakan collage, resit dan borang di sini.

Terima kasih.

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

  

  

  

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.