wie kann ich kaufen in https://ohnerezeptfreikaufen.at/ ?

Neutering Aid

Providing aid since 31st May 2009
This page was updated on 5th October 2022
Contact: Dr Chan at chankahyein@gmail.com

Our primary objective is to help individual CNRM street animal caregivers who do small-scale rescue work or those who are just starting out. We urge those who are doing large-scale work to seek other sources to sustain their work as our funds are only for One-Street CNRM.
Objektif utama kami adalah untuk membantu penjaga haiwan jalanan CNRM individu yang membuat kerja penyelamatan berskala kecil atau mereka yang baru bermula. Kami menggesa mereka yang melakukan kerja berskala besar untuk mencari sumber lain bagi mengekalkan kerja penyelamatan mereka kerana dana kami adalah hanya untuk One-Street CNRM.

CNRM means you continue looking after the neutered animals yourself for life (not assign someone else to do it or just release them). 
CNRM bermaksud anda sendiri akan menjaga haiwan yang dimandulkan untuk seumur hidup (bukan menyuruh orang lain menjaga atau hanya lepaskan sahaja). 

Please read this (Sila baca ini)https://myanimalcare.org/2020/01/05/the-difference-between-cnrm-and-tnr-republishing-and-please-be-honest/

We are not a clinic and do not provide any medical services. Please use your own vet. We only help with an aid for those who need it.
Kami bukan klinik dan tidak menyediakan sebarang khimat perubatan. Sila gunakan doktor haiwan anda sendiri. Kami hanya boleh memberikan bantuan dana bagi mereka yang memerlukannya.  

To apply for our neutering aid, all female animals must be ear-notched. Optional for males. 
Untuk memohon bantuan pemandulan kami, semua haiwan betina mesti ‘snip’ telinga. Tidak wajib untuk jantan.

Please provide your long-term plan for caring for the animals after neutering. 
Sila nyatakan rancangan jangka panjang untuk penjagaan haiwan-haiwan ini selepas dimandulkan.  

Please do NOT apply if a female animal is found to be pregnant
Sila jangan mohon kalau haiwan betina didapati mengandung.

PROJECT-BASED APPLICATION FOR A COLONY

If you are managing a colony, please provide full details (general location, number of animals to be neutered, gender, etc.) and photographs of the animals in the colony, as proof. We expect you to continue caring for these animals after they have been neutered, on a long term, if not lifetime basis.  
Sekiranya anda sedang menjaga sebuah koloni, sila berikan maklumat terperinci (lokasi umum, bilangan haiwan yang perlu dimandulkan, jantina, dsb.) serta gambar haiwan-haiwan ini dalam koloni, sebagai bukti. Anda harus terus menjaga haiwan-haiwan ini selepas dimandulkan, untuk jangka panjang, atau sepanjang hayat.  

Each time you reapply for a new animal, we need health updates and LATEST photos of ALL the previously-claimed animals. Please keep proper records. Do not use old photos. If an animal is adopted, please take a “last photo” before handing over the animal to the adopter. If an animal has passed away, please let us know the cause of death, if possible.
Setiap kali anda mohon untuk haiwan baru, kami perlukan berita kemaskini tentang kesihatan serta gambar TERKINI SEMUA haiwan yang pernah dimohon dahulu. Sila simpan rekod tersusun. Jangan gunakan gambar lama. Sekiranya haiwan di”adopt”, sila ambil satu “gambar terakhir” sebelum haiwan tersebut dihantar kepada tuan baru. Sekiranya haiwan telah meninggal, sila beritahu punca kematian, jika boleh. 

We strongly urge you to do within your means so that you can take good care of all the animals.
Kami menggesa anda melakukan setakat yang boleh supaya semua haiwan boleh dijaga dengan baik.  

Who can apply:
Siapa yang layak memohon:

Independent One-Street CNRM caregivers of street animals in Malaysia who work alone and who are personally paying to neuter street animals that they care for and would appreciate some aid to lessen their burden. Please tell us your long-term plan for caring for these animals.  
Penjaga haiwan jalanan perseorangan One-Street CNRM di Malaysia yang menanggung perbelanjaan pemandulan haiwan jalanan dengan wang sendiri serta yang memerlukan bantuan. Sila nyatakan rancangan jangka panjang anda untuk menjaga haiwan-haiwan ini.  

Please ensure you have a Malaysian bank account in your name.
Pemohon mesti mempunyai akaun bank di Malaysia atas nama pemohon.  

Who should not apply:
Siapa yang tidak harus memohon:

  1. Anyone who has spayed a pregnant animal, which is strictly against our policy.
    Sesiapa yang telah memandulkan haiwan mengandung. Ini adalah bertentangan dengan polisi kami. 
  2. Animal welfare groups, organisations and shelters or any parties which may have a conflict of interest involved.
    Pasukan penjaga haiwan, pertubuhan kebajikan haiwan dan pusat jagaan haiwan atau sesiapa yang mempunyai konflik kepentingan tertentu. 
  3. Animal caregivers who are more than capable of raising or sourcing their own funds, who are already supported by other sources, or are working with other individuals to help street animals. If you believe you have a strong case, please provide us with the full names and details of those whom you are working with.
    Penjaga haiwan yang berkebolehan mendapatkan dana mereka sendiri, yang sudah pun diberi bantuan oleh pihak lain, atau yang bekerjasama dengan individu lain dalam usaha membantu haiwan jalanan. Sekiranya anda percaya anda ada kes yang layak, sila berikan nama penuh dan butiran sesiapa yang membantu anda.  
  4. Those who only trap, neuter and release without managing the animals on a lifetime basis (feeding, caring for their health, monitoring the colony environment, etc) . 
    Mereka yang hanya tangkap, mandulkan dan lepaskan tanpa terus menjaga untuk sepanjang hayat (memberi makanan, menjaga kesihatan haiwan, memantau keadaan lokasi, dsb).
  5. Those who neuter and send the animals to a shelter.
    Mereka yang mandulkan dan hantar haiwan ke pusat jagaan haiwan.
  6. Those who have already found an adopter for the animal. A caring adopter will be willing to pay for the neutering.  
    Mereka yang sudah pun mendapat tuan baru untuk haiwan tersebut. Tuan baru yang penyayang akan sudi membiayai pemandulan tersebut.
  7. Please do not submit any third party claims. Sila jangan memohon bagi pihak ketiga. 

Each application will be carefully considered and processed only upon receipt of full documentation. Depending on the availability of funds, the amount awarded may vary from time to time, in which case we reserve the right to make these changes without explanation or prior notice. We also reserve the full and absolute discretion to reject applications that do not meet our internal checks and requirements. If your application is rejected, we will not be able to post the receipt back to you. Please review our policies regularly to keep yourself informed.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan dengan cermat dan diproses hanya jika dokumentasi penuh diterima. Amaun yang kami bayar bergantung kepada dana yang kami ada, dan amaun ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Kami berhak membuat sebarang perubahan tanpa memberi sebab atau notis terlebih dahulu. Kami juga mempunyai hak penuh dan mutlak untuk menolak sebarang permohonan. Sekiranya permohonan anda ditolak, kami tidak boleh menghantar resit kembali kepada anda. Sila semak polisi kami dengan kerap untuk mengetahui sebarang perubahan.  

We ask that you abide by all our policy requirements and liaise with us in the spirit of full disclosure so that we may establish a relationship of trust, honesty and goodwill which goes a long way. This also protects the credibility of animal charity.
Kami meminta agar anda mematuhi segala keperluan polisi serta memberikan maklumat yang lengkap dan benar agar kami boleh menjalin perhubungan jangka panjang yang berasaskan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan.  Adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memelihara nama baik kegiatan kebajikan haiwan.  

We require you to provide your FULL NAME in your application according to your NRIC and bank account. As we depend on publicity to educate the public on what we do and to attract more funding, please understand that by applying to us for aid, you are also agreeing to have your full name and other details published in our blogposts in any form and according to our discretion for the purpose of education, transparency and accountability of funds provided.
Sila nyatakan NAMA PENUH anda (mengikut KP dan akaun bank) di dalam borang permohonan. Oleh sebab kami bergantung kepada publisiti untuk memaklumkan kepada khalayak ramai apa yang kami usahakan dan juga untuk mendapatkan dana, bila anda memohon, ia bermakna anda bersetuju bahawa nama penuh dan butiran-butiran lain akan dipaparkan di dalam paparan blog kami dalam sebarang cara yang sesuai untuk tujuan pendidikan serta kebertanggungjawaban pemberian dana.  

Contact: Dr Chan at chankahyein@gmail.com. If you do not receive a reply within 48 hours, kindly resend your request.
Hubungi: Dr Chan di
chankahyein@gmail.com. Sekiranya tiada respons dalam 48 jam, sila hantar permohonan anda sekali lagi.

Our maximum aid for NEUTERING:
RM100 per cat; RM150 per dog (subject to availability of funds).
If your vet’s rates are lower than our aid, we will pay the lower one.
The maximum claimable amount per week is 3 animals per applicant, subject to a maximum total amount from the first claim.

Bantuan maksimum pemandulan:
Kucing RM100, Anjing RM150 (Tertakluk kepada dana yang sedia ada).
Sekiranya bayaran doktor anda adalah lebih rendah, kami akan membayar yang lebih rendah.
Bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh setiap pemohon ialah 3 ekor haiwan seminggu, tertakluk kepada suatu jumlah maksimum yang dikira dari tuntutan pertama.

If you have an urgency to stabilise a colony, please see this special provision.
Sekiranya anda perlu menstabilkan sesuatu koloni dengan cepat, sila baca peruntukan khas ini. 

The form can be filled up and submitted here: AnimalCare NEUTERING AID form
Borang boleh diisi di sini:
Please fill up all details on the form.
Sila isikan semua butir di atas borang. 

How to apply:
Cara memohon:

Checklist:
Semakan:

1. You need a long-term caring plan for the animal(s).
    Anda perlukan rancangan penjagaan jangka-panjang untuk haiwan(-haiwan) ini. 

2. You need to prepare the complete photo collage for the application. This includes photos of before, after-with surgical scar, after-awakened and close-up of the ear-notch (if female). Only in jpeg or PNG format.
     Anda perlu sediakan kolaj gambar yang lengkap untuk permohonan semasa. Ini termasuk gambar sebelum, selepas-parut pembedahan, selepas-terjaga(bangun) dan “snip” telinga (jika betina). Hanya dalam format jpeg atau PNG. 

3. You need to prepare updates and latest photos of all previously-claimed animals. If any has been adopted, please provide the last photo before adoption (please keep proper records). If passed on, please state cause of death.
     Anda perlu sediakan berita dan gambar terkini semua haiwan yang pernah dimohon dahulu. Jika mana-mana sudah di”adopt”, sediakan gambar terakhir sebelum dihantar ke tuan baru (sila simpan rekod tersusun). Sekiranya sudah meninggal, sila nyatakan punca kematian. 
4. Please ensure your receipt meets our requirements – issued to your full name, fully itemised, signed and stamped by vet (unless it is an e-receipt).
     Pastikan resit memenuhi syarat – atas nama penuh anda, dengan butiran terperinci, ditandatangani dan diletakkan cop rasmi oleh doktor (kecuali ia resit-e).
5. Fill up and submit the form no later than 2 weeks from the date on the receipt.
Isi dan hantar borang tidak melebihi 2 minggu daripada tarikh atas resit.
6. Send email acknowledgement to chankahyein@gmail.com after aid has been received.
     Kirim emel pengakuan penerimaan bantuan kepada chankahyein@gmail.com setelah bantuan diterima. 

Detailed procedures:
Langkah-langkah terperinci:

  1. Take a photo of the animal before neutering. The photo must show the face and body.
    Ambil gambar haiwan sebelum pemandulan. Gambar mesti menunjukkan muka dan badan.
  2. Choose your own vet to get the procedure done. We will only subsidise neutering surgeries which are performed by a registered vet in accordance with the Veterinary Surgeons Act 1974. All female animals have to be ear-notched.
    Pilih doktor haiwan sendiri untuk prosedur pemandulan.
    Kami hanya boleh memberi bantuan untuk prosedur pemandulan yang dilakukan oleh doktor haiwan berdaftar mengikut akta Veterinary Surgeons Act 1974. Semua haiwan betina mesti di“snip” telinga. 
  3. Pay the vet and obtain a receipt. The receipt must be itemised, issued to your full name (as per bank account) and must be signed and stamped by the vet (unless it is an e-receipt). Please see below for detailed requirements.
    Bayar bil dan dapatkan resit. Resit mesti menunjukkan butir-butir terperinci, mesti di atas nama penuh pemohon (seperti nama akaun bank) dan mesti ditandatangani oleh doktor serta diletakkan cop rasmi. Sila lihat di bawah untuk contoh terperinci. 
  4. Take a photo of the animal after neutering. The photo must show the surgical scar as well as the face and body of the animal in an awakened state. You may take several photos for this purpose. For females, a close-up photo of the ear notch is required.
    Ambil gambar haiwan selepas pemandulan. Gambar mesti menunjukkan parut pembedahan serta muka dan badan haiwan dalam keadaan terjaga. Beberapa gambar boleh diambil untuk tujuan ini. Untuk betina, gambar close-up ‘snip’ telinga mesti disertakan.
  5. Combine the before and after photos into a single collage. You may use any collage-making application but please ensure the collage is in jpeg or PNG format. Please see below for sample.
    Gabungkan gambar-gambar sebelum dan selepas pemandulan dalam satu kolaj. Ada boleh menggunakan sebarang applikasi untuk membuat kolaj gambar tetapi sila pastikan kolaj adalah dalam format jpeg atau PNG. Sila lihat di bawah untuk contoh.
  6. Fill up the form. We need to know your long-term caring plan for the animal(s). We may also request additional information from you. By applying for our aid, you hereby also grant us consent to obtain additional information from your vet.
    Isikan borang. Kami perlu tahu rancangan jangka panjang anda untuk penjagaan haiwan ini. Kami mungkin meminta maklumat lanjut daripada anda. Dengan permohonan yang dikemukakan, ia juga bermakna anda membenarkan kami mendapatkan maklumat tambahan daripada doktor haiwan anda.  
  7. If you have previously claimed from us before, fill up Section 2 of the form. You have to provide a write-up on all the previouly-claimed animals and also their latest photos.
    Sekiranya anda pernah mohon daripada kami dahulu, sila isikan Seksyen 2 di dalam borang. Anda perlu tulis rumusan tentang keadaan haiwan-haiwan yang dimohon dahulu dan sertakan gambar terkini mereka.  
  8. Your application will only be processed if the completed form with the required attachments are received no later than 14 days from the date on the receipt. Late submissions will be rejected.
  9. Permohonan hanya akan hanya diproses sekiranya borang yang diisi penuh serta lampiran yang diperlukan diterima tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh di atas resit. Permohonan lewat akan ditolak.
  10. You will be informed by email when the aid has been banked in. We request an acknowledgement of receipt within 1 week for our audit. Bank transfer charges, if any, will be borne by the applicant.
    Anda akan diberitahu apabila bantuan kami dimasukkan ke dalam akaun. Kami meminta pengakuan penerimaan dalam masa 1 minggu untuk tujuan audit. Caj bank, jika ada, akan ditolak daripada jumlah yang dimasukkan.

    Photo collage samples:
    Sample kolaj gambar:

     

    Sample of write-up and photos of previously-claimed animals:
    Contoh rencana dan gambar haiwan-haiwan yang pernah dimohon dahulu:


    More examples: https://myanimalcare.org/category/aid-neuter/

Receipt requirements:
Syarat-syarat untuk resit:

3 SAMPLE RECEIPT 1

3 CONTOH RESIT

We require a fully itemised receipt (issued to your full name (as per bank account)), with exact amounts charged for neutering, number of animals, gender, etc.). The receipt must be countersigned and stamped by the vet unless it is an e-receipt.
Kami memerlukan resit dengan butiran terperinci (nama penuh pemohon, termasuk bin dan binti, bayaran yg dikenakan atas pemandulan, bilangan haiwan, jantina).  Resit mesti ditandatangani oleh doktor dan mengandungi cop rasmi doktor kecuali ia resit-e.   

If the receipt has no name: Please request the vet to write your full name on it and this must be signed and stamped by the vet.
Sekiranya resit tiada nama: Sila minta dr tuliskan nama penuh pemohon atas resit dan dr mesti tandatangan dan letakkan cop rasmi.  

If the receipt is not itemised: Please request the vet to write a note that clearly itemises the neutering charges (with breakdown of number of animals and gender) and this must be signed and stamped by the vet.
Sekiranya resit tidak mempunyai butiran terperinci: Sila minta dr tuliskan nota menyatakan bayaran lengkap untuk pemandulan (bilangan haiwan, jantina dsb). Nota ini mesti ditandatangani oleh dr dan diletakkan cop rasmi.

Please do NOT add anything on your own onto the receipt. All alternations must be countersigned and stamped by the vet. Tampered receipts will be rejected and you may be barred from receiving any aid from us again.
Sila jangan menambahkan apa-apa di atas resit. Semua pembetulan pada resit mesti ditandatangani oleh doctor haiwan dan diletakkan cop rasmi. Resit yang diubahsuai tidak akan diterima dan pemohon mungkin tidak akan dibenarkan membuat permohonan lagi.

If you are able to re-donate to our Fund to, in turn, help the next animal, your donation, big or small, is highly appreciated. One good turn deserves another.
Sekiranya anda sudi memberi sumbangan ikhlas kepada dana kami untuk membantu haiwan-haiwan lain, sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amat kami hargai.

Public Bank Bhd 3168194929  (AnimalCare Society Petaling Selangor) 

For full policies: https://myanimalcare.org/policies/
Polisi lengkap:

For more information, please write to Dr Chan at chankahyein@gmail.com.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Chan di chankahyein@gmail.com.

Together, we help the street animals achieve better wellbeing.
Marilah kita bersama-sama membantu haiwan jalanan serta meningkatkan kebajikan mereka.