Vaccination Aid

Updated: 6th October 2019
Contact: Dr Chan at chankahyein@gmail.com

Our primary objective is to help CNRM street animal caregivers who do small-scale rescue work or those who are just starting out. We urge those who are doing large-scale work to seek other sources to sustain their work as our funds are very limited.
Objektif utama kami adalah untuk membantu penjaga haiwan jalanan CNRM yang membuat kerja penyelamatan berskala kecil atau mereka yang baru bermula. Kami menggesa mereka yang melakukan kerja berskala besar untuk mencari sumber lain bagi mengekalkan kerja penyelamatan mereka kerana dana kami sangat terhad. 

This aid is only for the 1st and 2nd (booster) vaccinations for street dogs and cats. The interval between the the 1st and 2nd vaccinations must be no more than 1 month apart. 
Bantuan ini adalah hanya untuk vaksinasi pertama dan kedua untuk anjing dan kucing jalanan. Tempoh masa di antara kedua-dua vaksinasi ini mesti tidak melebihi 1 bulan.  

Cat vaccine: 4 in 1, 5 in 1.
Dog vaccine: 6 in 1, 7 in 1, 9 in 1, 10 in 1. 

Please provide your long-term plan for caring for the animals after vaccination. 
Sila nyatakan rancangan jangka panjang untuk penjagaan haiwan-haiwan ini selepas divaksinasikan.  

PROJECT-BASED APPLICATION

When you apply, please provide full details of your colony (location, number of animals to be vaccinated, gender, etc.) and photographs of the animals in the colony, as proof. Unless adopted, we expect you to continue caring for these animals on a long term, if not lifetime basis.  
Apabila anda mohon, sila berikan maklumat terperinci tentang koloni (lokasi, bilangan haiwan yang perlu divaksinasikan, jantina, dsb.) serta gambar haiwan-haiwan ini dalam koloni, sebagai bukti. Sekiranya mereka tidak mendapat tuan baru, anda harus terus menjaga haiwan-haiwan ini untuk jangka panjang, atau sepanjang hayat.  

Who can apply:
Siapa yang layak memohon:

Independent CNRM caregivers of street animals in Malaysia who are personally paying to provide vaccination to street animals whom they rescue and would appreciate some aid to lessen their burden. Please tell us your long-term plan for caring for these animals.
Penjaga haiwan jalanan CNRM di Malaysia yang menanggung perbelanjaan untuk vaksinasi haiwan jalanan dengan wang sendiri serta yang memerlukan bantuan. Sila nyatakan rancangan jangka panjang anda untuk penjagaan haiwan-haiwan tersebut.   

Please ensure you have a Malaysian bank account in your name.
Pemohon mesti mempunyai akaun bank di Malaysia atas nama pemohon.  

Who should not apply:
Siapa yang tidak harus memohon:

  1. Animal welfare organisations, groups and shelters that already have their own sources of funding and/or any parties which may have a conflict of interest involved.
    Pertubuhan kebajikan haiwan, pasukan penjaga haiwan dan tempat perlindungan haiwan yang ada dana mereka sendiri dan/atau sesiapa yang mempunyai konflik kepentingan tertentu. 
  2. Animal caregivers who are more than capable of raising or sourcing their own funds, who are already supported by other sources, or are working with other individuals to help street animals. If you believe you have a strong case, however, please provide us with the full names and details of who or which organisation is helping you. Your full disclosure would help us make a quicker decision on your application.
    Penjaga haiwan yang berkebolehan mendapatkan dana mereka sendiri, yang sudah pun diberi bantuan oleh pihak lain, atau yang bekerjasama dengan individu lain dalam usaha membantu haiwan jalanan. Sekiranya anda percaya anda ada kes yang layak, sila berikan nama penuh dan butiran sesiapa serta organisasi yang membantu anda.  Pendedahan penuh anda akan membantu kami membuat keputusan yang lebih cepat atas permohonan anda.
  3. Those who only trap, neuter and release without managing the animals (feeding, monitoring the colony environment, checking their health status, etc) on a very long-term, if not lifetime, basis. 
    Mereka yang hanya tangkap, mandulkan dan lepaskan tanpa terus menjaga (memberi makanana, memantau keadaan lokasi, menjaga kesihatan haiwan, dsb) untuk jangka panjang, atau sepanjang hayat.
    Please do not submit any third party claims.
    Sila jangan memohon bagi pihak ketiga. 

Each application will be carefully considered and processed only upon receipt of full documentation. Depending on the availability of funds, the amount awarded may vary from time to time, in which case we reserve the right to make these changes without explanation or prior notice. We retain sole discretion to decide on the amount or not to provide (without need to give reasons for such decision). Please review our policies regularly to keep yourself informed.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan dengan cermat dan diproses hanya jika dokumentasi penuh diterima. Amaun yang kami bayar bergantung kepada dana yang kami ada, dan amaun ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Kami berhak membuat sebarang perubahan tanpa memberi sebab atau notis terlebih dahulu. Kami juga mempunyai hak mutlak untuk menentukan amaun yang dibayar atau tidak membayar langsung (tanpa memberi sebarang sebab untuk keputusan kami). Sila semak polisi kami dengan kerap untuk mengetahui sebarang perubahan.  

We ask that you abide by all our policy requirements and liaise with us in the spirit of full disclosure so that we may establish a relationship of trust, honesty and goodwill which goes a long way. This also protects the credibility of animal charity.
Kami meminta agar anda mematuhi segala keperluan polisi serta memberikan maklumat yang lengkap dan benar agar kami boleh menjalin perhubungan jangka panjang yang berasaskan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan.  Adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memelihara nama baik kegiatan kebajikan haiwan.  

We require you to provide your FULL NAME in your application according to your NRIC and bank account. As we depend on publicity to educate the public on what we do and to attract more funding, please understand that by applying to us for aid, you are also agreeing to have your full name and other details published in our blogposts in any form and according to our discretion for the purpose of education, transparency and accountability of funds provided.
Sila nyatakan NAMA PENUH anda (mengikut KP dan akaun bank) di dalam borang permohonan. Oleh sebab kami bergantung kepada publisiti untuk memaklumkan kepada khalayak ramai apa yang kami usahakan dan juga untuk mendapatkan dana, bila anda memohon, ia bermakna anda bersetuju bahawa nama penuh dan butiran-butiran lain akan dipaparkan di dalam paparan blog kami dalam sebarang cara yang sesuai untuk tujuan pendidikan serta kebertanggungjawaban pemberian dana.  

Contact: Dr Chan at chankahyein@gmail.com. If you do not receive a reply within 48 hours, kindly resend your request.
Hubungi: Dr Chan di chankahyein@gmail.com. Sekiranya tiada respons dalam 48 jam, sila hantar permohonan anda sekali lagi.

Our maximum aid for one vaccination is RM25.
If your vet’s charges is lower, we will pay the lower one.
The maximum claimable amount per week is RM100 per applicant (4 animals), subjected to a maximum total amount from the first claim.
Bantuan maksimum untuk satu vaksinasi ialah RM25.
Sekiranya bayaran doktor anda lebih rendah, kami akan bayar yang lebih rendah.
Bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh setiap pemohon ialah RM100 seminggu (4 haiwan), tertakluk kepada suatu jumlah maksimum yang dikira dari tuntutan pertama.

If you have an urgency to vaccinate a colony, please see this special provision.
Sekiranya anda perlu mevaksinasikan suatu koloni dengan cepat, sila baca peruntukan khas ini. 

The form is dowloadable here: AnimalCare VACCINATION AID form
Borang boleh dimuat-turun di atas.  

How to apply:
Cara memohon: 

1  Compile a photo of the vaccination card and a photo of the animal in a single collage. The photo of the vaccination card must show the sticker, the  date, the clinic’s stamp and the vet’s signature. If applying for a 1st vaccination, the card must show one sticker. If applying for the 2nd vaccination, the card must show two stickers. 
Gabungkan gambar kad vaksinasi serta gambar haiwan di dalam satu kolaj. Gambar kad vaksinasi mesti menunjukkan sticker, tarikh, cop klinik serta tandatangan doktor. Jika memohon untuk vaksinasi pertama, kad mesti menunjukkan satu sticker. Jika memohon untuk vaksinasi kedua, kad mesti menunjukkan dua sticker. 

2  Provide a short write-up about the animal (where rescued, to rehome, adopt or release and your long-term plan for caring for this animal). 
Tulis cerita ringkas tentang haiwan (di mana diselamatkan, sekarang dicarikan tuan baru, bela sendiri atau dilepaskan serta rancangan jangka panjang untuk menjaga haiwan ini).

4  Email the photo collage and write-up to chankahyein@gmail.com
Emel kolaj gambar serta cerita ringkas kepada chankahyein@gmail.com

5  Post the following: (a) The duly completed form, (b) The receipt for the vaccination. Please use Pos Ekspres.  
Poskan yang berikut (a) Borang yang lengkap diisi, (b) Resit untuk vaksinasi. Sila gunakan Pos Ekspres.

AnimalCare Society
55 SS18/6

47500 Subang Jaya

6  All documents must reach us no later than 2 weeks from the date of the receipt. Late submissions will be rejected.
Semua dokumen mesti sampai ke tangan kami tidak lebih daripada 2 minggu daripada tarikh atas resit.  Permohonan lewat tidak akan diterima.

7  You will be informed when our aid has been banked in. We request an acknowledgement of receipt within 1 week. Bank transfer charges, if any, will be borne by the applicant.
Anda akan diberitahu apabila bantuan kami dimasukkan ke dalam akaun. Kami meminta pengakuan penerimaan dalam masa 1 minggu. Caj bank, jika ada, akan ditolak daripada jumlah yang dimasukkan.

8  Repeat (1)-(7) if you apply for the 2nd vaccination of the same animal. All applications must reach us no later than 2 weeks from the date on the receipt.
Ulang (1)-(7) sekiranya anda mohon untuk vaksinasi ke-2 bagi haiwan yang sama. Semua permohonan mesti sampai tidak lewat daripada 2 minggu dari tarikh atas resit. 

The application for the 1st vaccination should only show 1 sticker.
Permohonan untuk vaksinasi pertama harus menunjukkan 1 sticker sahaja.

The application for the 2nd vaccination should show 2 stickers.
Permohonan untuk vaksinasi kedua harus menunjukkan 2 sticker.

Receipt requirements:
Syarat-syarat untuk resit: 

We require a fully itemised receipt (issued to your full name (as per bank account), with the exact amount charged for the vaccination). The receipt must be countersigned and stamped by the vet.
Kami memerlukan resit dengan butiran terperinci (nama penuh pemohon, termasuk bin dan binti serta bayaran yg dikenakan untuk vaksinasi,).  Resit mesti ditandatangani oleh doktor dan mengandungi cop rasmi doktor.   

If the receipt has no name: Please request the vet to write your full name on it and this must be signed and stamped by the vet.
Sekiranya resit tiada nama: Sila minta dr tuliskan nama penuh pemohon atas resit dan dr mesti tandatangan dan letakkan cop rasmi.  

If the receipt is not itemised: Please request the vet to write a note that clearly itemises the vaccination charges and this must be signed and stamped by the vet.
Sekiranya resit tidak mempunyai butiran terperinci: Sila minta dr tuliskan nota menyatakan bayaran lengkap untuk vaksinasi. Nota ini mesti ditandatangani oleh dr dan diletakkan cop rasmi.

Please do NOT add anything on your own onto the receipt. All alternations must be countersigned and stamped by the vet. Tampered receipts will be rejected and you may be barred from receiving any aid from us again.
Sila jangan menambahkan apa-apa di atas resit. Semua pembetulan pada resit mesti ditandatangani oleh doctor haiwan dan diletakkan cop rasmi. Resit yang diubahsuai tidak akan diterima dan pemohon mungkin tidak akan dibenarkan membuat permohonan lagi.  

Please do not use Poslaju or courier services as there is no one to sign for the mail and it will be returned to you. Please only use Pos Ekspres.
Sila jangan guna Poslaju atau sebarang perkhidmatan kurier kerana tiada sesiapa untuk menandatangani surat anda dan ia akan dikembalikan kepada anda. Sila guna Pos Ekspres.

If you are able to re-donate to our Fund to, in turn, help the next animal, your donation, big or small, is highly appreciated. One good turn deserves another.
Sekiranya anda sudi memberi sumbangan ikhlas kepada dana kami untuk membantu haiwan-haiwan lain, sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amat kami hargai.

Public Bank Bhd 3168194929  (AnimalCare Society Petaling Selangor) 

For full policies: https://myanimalcare.org/policies/
Polisi lengkap:

For more information, please write to Dr Chan at chankahyein@gmail.com.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Chan di chankahyein@gmail.com.

Together, we help the street animals achieve better wellbeing.
Marilah kita bersama-sama membantu haiwan jalanan serta meningkatkan kebajikan mereka.

Thank you. 
Terima kasih.